Sunday, February 12, 2012

STIK DAGING PERAPAN ISTIMEWA

Bahan A:
- 5 keping stik daging
Bahan-bahan B(Perapan):
- 1/2 biji(40 gm) bawang merah(cincang)
- 4 ulas(15 gm) bawang putih(cincang)
- 3 sudu makan sos worcestshire
- 1 sudu makan serbuk paprik/serbuk cili
- 3 sudu makan sos cajun@cajun seasoning
- 1 1/2 sudu makan lada hitam
- Secukup rasa garam
Bahan-bahan C(Sayur):
- 100 gm bunga kobis
- 80 gm lobak merah

Thursday, February 2, 2012

FAKTA : POKOK LIMAU MANDARIN

Pokok limau mandarin biasanya ditanam dengan jarak mengikut meter(m) iaitu 4m x 5m,5m x5m,6m x 6m atau 3m x 3m untuk sistem tanaman padat.

BISKUT COKLAT SMARTIES

Bahan-bahan:
180 gm mentega
200 gm gula kaster
2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
45 gm kismis hitam(cincang halus)
300 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu teh serbuk bikarbonat
30 gm serbuk koko
175 gm cip coklat
100 gm kacang hazel(cinang halus)
                    Hiasan:
50 gm coklat masak(cairkan)
1 paket Smarties
                    Cara Membuatnya:
1. Ayak tepung bersama serbuk bikarbonat dan serbuk koko,kemudian campurkan dengan cip coklat.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celsius.
3. Pukul mentega dan gula sehingga kembang,kemudian masukkan telur dan kacau sebati.
4. Masukkan esen vanila dan kismis hitam dan kacau.
5. Masukkan campuran tepung dan kacau sehingga membentuk doh lembut.
6. Ambil lebih kurang 25 gm dan bulat-bulatkan dan golekan atas kacang yang dicincang.Leperkan,dan susun atas dulang yang telah disapu mentega.
7. Bakar selama 12 minit sehingga biskut masak kemudian sejukkan.
8. Paipkan sedikit coklat masak yang telah dicairkan atas biskut dan lekatkan coklat Smarties atasnya.




          

Monday, January 30, 2012

BINATANG KESAYANGANKU

Saya mempunyai dua ekor binatang kesayangan iaitu arnab. Mereka sungguh comel,apabila sedang memakan lobak,kangkung and sayur-sayuran lain. Saya memberi nama gelaran pada mereka iaitu(fufu carrot rabbit two) atau dikenali nama sebagai Shieying and ChieChie. Entahlah,mengapa saya begitu tetarik,terlalu sayang pada mereka mungkin disebabkan telinga mereka panjang,matanya bulat,hidungnya comel,mulutnya dan kelakarlah pun ada apabila melihat reaksi(gelagat aksi) pergerakan mereka. Mereka,berwarna pelbagai rupa bentuk,ada yang bulu kembang,bulu nipis,ada jugak jenis spesies kacukan afrika,baka sederhana pun ada jugak. Cuma,satu kena jaga mereka dengan betul-betul baik,mereka memang jenis lasak suka melarikan diri. Puas,saya mengejarnya ke sana kesini mereka terlalu lincah,seperti belut terlepas dari dalam sangkar kurungannya. Kadang-kadang,apabila saya terlalu marah pada mereka,saya akan menarik,pulas sedikit telinga mereka. Saya,katakan pada mereka mengapa terlalu degil sangat nie...... Itulah,binatang peliharaan kesayanganku,dan saya percaya setiap orang ada hobinya tersendiri................

ALMOND LONDON

Bahan-bahan:
170 gram mentega@ 1 1/2 cawan
120 gram gula kastad@ 1 cawan
230 gram tepung gandum@ 4 cawan
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu soda
100 biji badam(ditumbuk)
3 biji limau(diparut kulitnya)
500 gram coklat masakan
3 sudu minyak jagung      {dimasak}

Cara Membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula kastad hingga kembang.
2. Ayak tepung gandum,tepung jagung dan soda bikarbonat.
3. Jika mentega sudah kembang masukkan tepung yang diayak tadi.