Tuesday, June 12, 2012

JOM PANCING IKAN

Pancing Ikan Mainan
*Tip:
- Untuk lebih menarik,sediakan kolam ikan menggunakan kotak terpakai,warnakan biru untuk air dan lukiskan batu-batu dan rumpai air sebagai hiasan.
- Letakkan ikan tadi di dalam koalm ikan buatan dan mula memancing sambil menikmati kecantikan kolam buatan anda sendiri.
                                                   Bahan-bahan:
*Pelbagai kertas warna
*Klip kertas
*Batang aiskrim atau lidi
*Besi berani atau magnet kecil
*Tali atau benang
*Mata plastik(Wiggly eyes)        
Penebuk kertas-Optional
*Gam
*Gunting
                                             Cara Menyediakan:
1. Lukis beberapa ekor ikan di atas pelbagai kertas warna dan potong mengikut bentuknya. Ikan itu boleh di warnakan agar lebih menarik.
2. Lukis bentuk mata/tamapal mata plastik ke atas ikan berkenaan.
3. Tebuk lubang di bahagian muncung ikan.
4. Masukkan klip kertas ke dalam lubang.
5. Lakukan secara berhati-hati supaya tidak terkoyak.
6. Ikat besi berani di hujung tali atau benang. Ikat secara berselang supaya lebih kukuh.
7. Ikat hujung benang yang satu lagi ke batang aiskrim atau lidi untuk dijadikan joran pancing.
















No comments:

Post a Comment