KRAF TANGAN SARANG BURUNG: Bahan-bahan:
Mounting board,pelbagai jenis daun.bunga dan rumput kering,ranting-ranting kayu,foam(boleh gunakan felt atau kertas warna),mata plastik(wiggly eyes-optional),Gam PVA,gunting.
Cara-caranya:
1. Letakkan gam PVAdi atas mounting board dengan jumlah yang banyak.
2. Susunkan pelbagai jenis daun,bunga,rumput kering dan ranting kayu hingga membentuk sarang burung sebenar.Tambah gam PVAbila perlu.
3. Lukis 2 ekor burung dan beberapa biji telur di atas foam,dan gunting mengikut bentuk yang dilukis.
4. Lukis bentuk mata atau tampal mata plastik ke atas kedua-dua burung tadi.
5. Susun dan tampal foam berbentuk burung telur-telur di bahagian bawah sarang.
6. Siap.Kraf ini pasti kelihatan cantik kalau di gantung di dinding.
Tip:
*Untuk lebih menarik,boleh tambah pelbagai bentuk lain,seperti burung sedang terbang,warnakan biru sebagai latar belakang atau gunakan kapas untuk membentuk awan.
No comments:
Post a Comment