Sunday, June 17, 2012

KUNYIT RAWAT KANSER

*Saintis di University of Leicester telah memulakan ujian ke atas pesakit bagi menguji sama ada rempah boleh membantu merawat kanser usus. Penyelidik universiti berkenaaan menjalankan kajianmengenai curcumin yang ditemui dalam kunyit iaitu rempah. Kunyit merupakan bahan yang popular dalam masakan dan kari. Profesor Akon Steward berkata,mereka telah memeriksa sama ada curcumin dapat "mengurangkan perkembangan kanser" terutama apabila di gunakan semasa kemoterapi.

SENAMAN UNTUK PERUT

                                                        SENAMAN 1:
*Tegakkan badan dan bengkokkan kaki. Setelah itu turunkan badan sehingga 45 darjah.
*Luruskan sebelah kaki. Ulangkan dengan sebelah kaki lagi. Lakukan ulangan selama 45 saat.
                                                       SENAMAN 2:  
*Silangkan kaki. Luruskan tangan di sisi.
*Angkat bahu dan tahan 40 saat. NOTA: Tangan boleh digerakkan ke atas dan ke bawah dalam keadaan lurus.

BISCOTTI KISMIS DAN BADAM

Bahan-bahan:
- 130 gm tepung gandum
- 100 gm gula perang
- 50 gm kismis
- 50 gm kacang badam
- 1 biji telur(gred A)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1/4 sudu kecil serbuk kuli kayu manis
- 1/2 sudu kecil serbuk penaik
-Secubit garam
                                                  Cara Menyediakan:
1. Panaskan ketuhar,bakar kacang badam selama 10-15 minit. Keluarkan dan sejukkan.
2. Di dalam bekas campurkan telur,gula perang dan esen vanilla. Putar hingga kembang untuk beberapa minit.
3. Ayak tepung,serbuk penaik,garam dan serbuk kulit kayu manis. Ulangi proses mengayak sekali lagi dan masukkan ke dalam adunan tadi.
4. Kemudian tambahkan kismis dan badam.
5. Sediakan dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas minyak,tuangkan doh tadi lalu bentukkan memanjang.
6. Bakar pada suhu 180 darjah celsius di dalam ketuhar yang telah di panaskan selama 25 minit. Keluarkan dari ketuhar,sejukkan selama 5 minit ataupun setelah keras.
7. Dengan menggunakan pisau pemotong roti,potong biscotti menjadi kepingan setebal 1 cm setiap keping.
8. Susun kembali ke dulang pembakar dan bakar lagi selama 10-15 minit. Keluarkan dan biarkan ia sejuk.

APAM KOKO

Bahan-bahan:
*6 biji telur ayam
*1 1/2 cawan gula halus
*3 cawan tepung gandum
*1 camca teh esen vanilla
*1 sudu makan soda bikarbonat
*1 cawan minyak masak
*1 cawan air panas
*1 cawan serbuk koko
*1 cawan minyak masak
                                            Cara Membuatnya:
1. Pukul telur dengan gula sampai kembang.
2. Masak susu,minyak masak,air panas& esen vanilla.
3. Masuk tepung,serbuk koko,soda bikarbonat pukul sampai sebati.
                                             Tambahan:
*Pesanan: Ayak tepung,serbuk koko&soda bikarbonat. Sebelum adunan di kukus acuan hendaklah di sapu dengan sedikit minyak.






































PIZZA MAGGIE

Bahan-bahan:
* 1 bungkus maggie
*2  biji telur gred A
*Sosej(ikut suka)
*Carrot(dimayang halus)
*Cendawan butang(hiris nipis)
*Daun sup(dimayang halus)
*Bawang besar(dihiris nipis)
                                        Cara Membuatnya:
Celur maggie,ketepikan. Pukul telur sehingga agak kembang. Masukkan perencah maggie,sosej yang dipotong kecil-kecil,carrot,daun sup,cendawan butang dan bawang besar serta mee maggie yang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati. Goreng di dalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak(seperti menggoreng telur dadar) sehingga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.
                                         Cadangan Hidangan:
*Makan semasa panas dan boleh dicicah dengan sos dan mayonis.





Tuesday, June 12, 2012

5 PETUA DAPUR

1. SUSU TIDAK MELEKAT:
*Letakkan sudu pada periuk ketika mereneh susu pada kepanasan sederhana. Ia dapat mengelakkan susu daripada melekat di dasar periuk.
2. UBAT GEGAT HALAU NYAMUK:
*Masukkan beberapa tablet ubat gegat dalam secawan air dan letakkan di bilik tidur berhampiran katil atau mana-mana tempat yang menjadi tumpuan nyamuk.
3. MI TIDAK MELEKAT
*Ketika selesai mencelur mi,atau merebus pasta,segera keringkan air panas dan tambahkan air sejuk. Dengan cara ini semua mi atau pasta terpisah tidak melekat.
4. ELAK AIR MATA BERJURAIAN:
*Untuk mengelak daripada air mata berjuraian ketika mengupas atau menghiris bawang,terlebih dahulu belah 2 bawang tersebut dan masukkan dalam air selama 15 minit. Dengan cara ini anda tidak perlu menangis lagi.
5. BAWANG TAHAN LAMA:
*Bagi memastikan bawang tetap segar dan tahan lama disimpan,bungkus bawang satu demi satu dengan surat khabar dan simpan dalam tempat yang sejuk dan gelap.

JOM PANCING IKAN

Pancing Ikan Mainan
*Tip:
- Untuk lebih menarik,sediakan kolam ikan menggunakan kotak terpakai,warnakan biru untuk air dan lukiskan batu-batu dan rumpai air sebagai hiasan.
- Letakkan ikan tadi di dalam koalm ikan buatan dan mula memancing sambil menikmati kecantikan kolam buatan anda sendiri.
                                                   Bahan-bahan:
*Pelbagai kertas warna
*Klip kertas
*Batang aiskrim atau lidi
*Besi berani atau magnet kecil
*Tali atau benang
*Mata plastik(Wiggly eyes)        
Penebuk kertas-Optional
*Gam
*Gunting
                                             Cara Menyediakan:
1. Lukis beberapa ekor ikan di atas pelbagai kertas warna dan potong mengikut bentuknya. Ikan itu boleh di warnakan agar lebih menarik.
2. Lukis bentuk mata/tamapal mata plastik ke atas ikan berkenaan.
3. Tebuk lubang di bahagian muncung ikan.
4. Masukkan klip kertas ke dalam lubang.
5. Lakukan secara berhati-hati supaya tidak terkoyak.
6. Ikat besi berani di hujung tali atau benang. Ikat secara berselang supaya lebih kukuh.
7. Ikat hujung benang yang satu lagi ke batang aiskrim atau lidi untuk dijadikan joran pancing.